Program ini merupakan perkhemahan (Mukhayyam) dan mempunyai pengisian yang seimbang antara kerohanian dan jasmani seperti pemantapan solat, hafazan ayat-ayat lazim, ceramah dan kuliah motivasi agama, tasmik zikir selepas solat dan qiamullail. Juga diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan jasmani pelajar-pelajar untuk menjadi belia harapan negara seperti aktiviti kembara, obstacle dan merentas desa.
Objektif:
- Pelajar dapat memahami dan menghayati konsep ibadah solat terutamanya solat wajib sebagai tiang agama Islam.
- Pelajar dapat diberi dorongan dan motivasi agar mereka bersungguh-sungguh menjadi pemimpin masa depan dan belia negara yang berwawasan.
- Pelajar dapat menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: Kem Kaizen, Pontian, Johor
0 comments:
Post a Comment