Monday, October 19, 2009

Mukhayyam Tunas Tanjung Adang


Program ini merupakan perkhemahan (Mukhayyam) dan mempunyai pengisian yang seimbang antara kerohanian dan jasmani seperti pemantapan solat, hafazan ayat-ayat lazim, ceramah dan kuliah motivasi agama, tasmik zikir selepas solat dan qiamullail. Juga diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan jasmani pelajar-pelajar untuk menjadi belia harapan negara seperti aktiviti kembara, obstacle dan merentas desa.

Objektif:
  1. Pelajar dapat memahami dan menghayati konsep ibadah solat terutamanya solat wajib sebagai tiang agama Islam.
  2. Pelajar dapat diberi dorongan dan motivasi agar mereka bersungguh-sungguh menjadi pemimpin masa depan dan belia negara yang berwawasan.
  3. Pelajar dapat menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
Tarikh: 9 - 11 Oktober 2009
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: Kem Kaizen, Pontian, Johor

Template by:
Free Blog Templates