Program ini merupakan perkhemahan (Mukhayyam) dan mempunyai pengisian yang seimbang antara kerohanian dan jasmani seperti pemantapan solat, hafazan ayat-ayat lazim, ceramah dan kuliah motivasi agama, tasmik zikir selepas solat dan qiamullail. Juga diisi dengan aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan jasmani pelajar-pelajar untuk menjadi belia harapan negara seperti aktiviti kembara, obstacle dan merentas desa.
Objektif:
Pelajar dapat memahami dan menghayati konsep ibadah solat terutamanya solat wajib sebagai tiang agama Islam.
Pelajar dapat diberi dorongan dan motivasi agar mereka bersungguh-sungguh menjadi pemimpin masa depan dan belia negara yang berwawasan.
Pelajar dapat menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
Tarikh: 9 - 11 Oktober 2009 Hari: Jumaat - Ahad Tempat: Kem Kaizen, Pontian, Johor
KEGIATAN UNIT BERUNIFORM
-
Pelajar Islam yang tidak terlibat dengan kegiatan membuat banner, mereka
dikehendaki berada di surau untuk solat berjemaah, tazkirah dan tadarus